PENAJA BLOG


Sunday, July 11, 2010

Binaan Diod Simpang PN

  1. Terdiri drp gabungan separuh pengalir ektsrinsik bahan jenis P dan bahan jenis N.
  2. Mempunyai 2 tamatan iaitu anod & katod.
  3. Bahan P ialah anod.
  4. Bahan N ialah katod.
  5. Tamatan katod adalah yang hampir dgn tanda garis.
  6. Ketika proses penggabungan bahan P & N, elektron bebas dlm bahan N yang berhampiran simpang akan menyeberangi simpang dan meresap ke dalam lubang bahan P. Proses ini dikenali sebagai penggabungan semula simpang.
  7. Kehilangan elektron di bahan N akan membentuk ion positif di simpang PN.
  8. Kemasukan elektron di bahan P membentuk ion negatif di simpang PN.
  9. Keadaan ini membentuk satu lapisan cas positif pada bahan N dan cas negatif di bahan P.
  10. Kawasan simpang di mana terbentuknya kedua-dua cas dikenali sebagai lapisan susutan.
  11. Cas positif & cas negatif membina medan elektrostatik merentasi simpang PN.
  12. Resepan elektron dan lubang akan berhenti apabila tiada keupayaan untuk mengatasi medan elektrostatik.
  13. Halangan atau rintangan yang dibina oleh medan elektrostatik dikenali sawar upaya atau upaya simpang.
  14. Sawar upaya juga dikenali sebagai voltan lutut. (Si – 0.7v, Ge - 0.3v)

No comments:

Post a Comment