PENAJA BLOG


Showing posts with label Lain-Lain. Show all posts
Showing posts with label Lain-Lain. Show all posts

Thursday, September 9, 2010

Monday, August 16, 2010

Thursday, August 12, 2010

S7 L1 Modul 7

7. Tatarajah transistor yang manakah yang digunakan sebagai suis.

S6 L1 Modul 7

6. Tatarajah transistor yang manakah yang berlaku pembalikan fasa pada keluarannya?

S5 L1 Modul 7

5. Simbol lain bagi hFE ialah ___________.

S4 L1 Modul 7

4. Terangkan cara untuk menentukan tamatan transistor.

S3 L1 Modul 7

3. Nyatakan 2 cara mudah menguji transistor.

S2 L1 Modul 7

2. Untuk membolehkan transistor berkendali, simpang pemancar-tapak hendaklah dipincang __________, manakala simpang pemungut-tapak hendaklah dipincang _____________.

Monday, August 9, 2010

S1 L1 Modul 7

1. Namakan tamatan yang memberi gandaan arus (hFE).

Sunday, August 1, 2010

Latihan 7

Rajah di atas menunjukkan sebuah litar diod separuh pengalir yang dipincang hadapan. Terangkan bagaimana arus mengalir di dalam diod.

Latihan 6

Rajah di atas menunjukkan struktur ikatan kovalen antara atom Silikon dan Arsenik semasa proses pengedopan. Namakan objek bertanda R.

  1. Proton
  2. Ikatan Kovalen
  3. Elektron Valensi
  4. Elektron Bebas

Latihan 5

Rajah di atas menunjukkan dua bahan P dan N dicantumkan untuk menghasilkan diod separuh pengalir. Akibat dari tindak balas cas-cas, satu lapisan bersifat penebat terbentuk di kawasan yang bercantum. Namakan lapisan itu.

  1. Lapisan Logam
  2. Lapisan Bertebat
  3. Lapisan Susutan
  4. Lapisan Simpang

Latihan 4

Terangkan secara ringkas proses pengedopan bahan separuh pengalir.

Latihan 3

Apabila silikon didopkan dengan unsur yang mempunyai 3 elektron valensi, ia menjadi bahan ___________.

  1. Bahan P
  2. Bahan N
  3. Bahan Q
  4. Bahan S

Latihan 2

Namakan satu contoh bahan yang mempunyai 3 elektron valensi dan satu contoh bahan yang mempunyai 5 elektron valensi.

  1. Silikon
  2. Germanium
  3. Indium
  4. Arsenik

Latihan 1

Berapakah jumlah elektron yang berada di orbit paling luar atom bahan separuh pengalir?

  1. 2
  2. 3
  3. 4
  4. 5

Tuesday, July 13, 2010

Pertandingan Educational Blog Kebangsaan 2010

Sempena Pertandingan Educational Blog Kebangsaan 2010 yang dianjurkan oleh UPSI, saya berbesar hati untuk menyertainya.

Blog ini dibangunkan pada bulan Februari 2009. Objektifnya adalah untuk berkongsi soalan-soalan dan nota berkaitan dengan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV) Elektrik & Elektronik. Selain berkongsi dengan pelajar SM Teknik Melaka Tengah, blog ini juga dikunjungi oleh ramai pelawat seluruh Malaysia. Adalah menjadi harapan saya, isi kandungan blog ini memberi manfaat kepada semua.

Wednesday, July 8, 2009

SOALAN 8

Rajah 4 di bawah ialah tiub gambar televisyen. Rajah 5 ialah contoh surihan alur elektron pada skrin televisyen.



Rajah 4



Rajah 5

1. Terangkan fungsi Pemanas
( 2 markah )

2. Secara ringkas nyatakan bagaimana alur elektron terbentuk.
( 4 markah )

3. Pergerakan alur elektron ialah dari A ke B dan kembali semula ke A (Rujuk Rajah 5). Terangkan dengan jelas bagaimana keadaan ini berlaku.
( 10 markah )

4. Jika sekiranya televisyen hitam putih hendak ditukarkan menjadi televisyen warna apakah alatan yang perlu ditukar pada tiub gambar. Terangkan secara ringkas fungsi alatan tersebut.

( 4 markah )

SOALAN 7

Berikut adalah sebahagian daripada sumber tenaga yang digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik.
  • Nuklear
  • Hidro
  • Geoterma
  • Solar
  • Angin
  • Ombak
1. Sistem ini perlu dibina di kawasan yang dinamakan lembangan tadahan

............................................................

2. Sistem ini pada dasarnya berfungsi seperti sistem terma.

............................................................

3. Dalam sistem ini, haba yang digunakan didapati daripada pembelahan atom

............................................................
( 3 markah )

SOALAN 6

Rajah 3 menunjukkan sistem penghasilan tenaga elektrik dengan kaedah terma.


Rajah 3

1. Namakan komponen X : ......................................................................

2. Nyatakan fungsi komponen tersebut : .............................................

3. Kenalpasti keadaan bendalir pada paip yang bertanda.

A. ...........................................................................
B. ...........................................................................
C. ...........................................................................
( 5 markah )