PENAJA BLOG


Showing posts with label SPM 2009. Show all posts
Showing posts with label SPM 2009. Show all posts

Friday, September 24, 2010

BB S7 - SPM 2009

Rajah 10

Anda pernah mengukur nilai perintang menggunakan meter ohm seperti Rajah 10.

Pilih mana-mana tiga kedudukan jarum meter A, B, C atau D dan tuliskan nilai perintang dalam ruang jawapan.

BB S6 - SPM 2009

Rajah 9

Anda pernah menyambung lampu pada litar 3 fasa secara sambungan bintang seperti Rajah 9.

Nomborkan 1, 2, 3, 4 dan 5 langkah-langkah anda melakukan kerja tersebut mengikut urutan yang betul pada ruang jawapan.

  1. Menutup suis S1, S2 dan S3 - [___]
  2. Menyambung L1, L2 dan L3 secara bintang - [___]
  3. Menyambung kabel pada punca bekalan kuasa R, Y dan B - [___]
  4. Menunjukkan sambungan kepada guru untuk pengesahan - [___]
  5. Mencatat bacaan voltan talian Vt, dan arus talian It dan voltan merentas mentol Vf - [___]

Wednesday, September 1, 2010

BB S5 - SPM 2009

Rajah 8(a)

Anda pernah menyambung litar pengesan cahaya seperti Rajah 8(a) pada papan jalur.

Lengkapkan lakaran sambungan dan labelkan komponen pada papan jalur di Rajah 8(b).

Rajah 8(b)

BB S4 - SPM 2009

Rajah 7

Anda pernah menyediakan peralatan seperti Rajah 7 semasa melakukan kerja memateri komponen elektronik.

Pilih mana-mana lima pernyataan di bawah dan padankan dengan peralatan pada Rajah 7 dengan mengisi petak jawapan yang disediakan.

  1. Memotong kaki komponen setelah dipateri pada papan litar. - [___]
  2. Meletakkan alat pemateri semasa proses kerja memateri. - [___]
  3. Menyedut pateri semasa proses kerja memateri. - [___]
  4. Membengkok kaki komponen sebelum memateri. - [___]
  5. Membuang penebat kabel sebelum memateri. - [___]
  6. Memanaskan sambungan dan dawai pateri pada papan litar. - [___]

BB S3 - SPM 2009

Rajah 6

Anda pernah menyambung sel siri dan sel selari seperti litar pada Rajah 6.

Pilih mana-mana empat dan nyatakan A, B, C, D, E, F atau G bahan dan peralatan yang anda sediakan untuk melakukan kerja tersebut.

A. Suis SPST
B. Pemegang Lampu
C. Alat Pemateri
D. Klip Buaya
E. Bahan Laku
F. Sel Kering
G. Kabel Penyambung

BB S2 - SPM 2009

Rajah 5

Anda pernah mengendalikan litar bersepadu get logik seperti Rajah 5.

Pilih mana-mana tiga dan tandakan (√) langkah keselamatan yang anda patuhi semasa melakukan kerja tersebut serta (x) pada yang tidak berkaitan dalam ruang jawapan.

  1. Menyentuh pin litar bersepadu dengan tangan. - [___]
  2. Menggunakan bekalan AU pada litar bersepadu. - [___]
  3. Memeriksa keadaan fizikal litar bersepadu secara visual. - [___]
  4. Menyambung semua pin yang tidak digunakan ke punca bekalan atau dibumikan. - [___]
  5. Menyambung litar bersepadu ke sumber bekalan dan ke bumi semasa tiada bekalan. - [___]

BB S1 - SPM 2009


Rajah 4

Anda pernah menyambung litar lampu pendaflour seperti Rajah 4.

Pilih mana-mana tiga dan tandakan (√) langkah keselamatan yang anda patuhi semasa melakukan kerja tersebut serta tandakan (x) pada yang tidak berkaitan dalam petak yang disediakan.

  1. Membekal voltan AU pada sambungan litar setela disahkan betul oleh guru - [___]
  2. Menyambung dawai bumi kepada perumah berlogam. - [___]
  3. Memilih julat ampere AU yang paling tinggi sebelum disambung bersiri dalam litar untuk mengukur arus. - [___]
  4. Memilih julat volt AU yang paling rendah sebelum disambung selari kepada litar untuk mengukur voltar litar. - [___]
  5. Menyambung tamatan gegelng arus meter watt bersiri dengan litar. - [___]

BA S5 - SPM 2009

Rajah 3

Rajah 3 menunjukkan binaan sebuah pengubah.
  1. Nyatakan dua fungsi pengubah.
  2. Pilih mana-mana dua label yang bertanda A, B atau C dan namakan bahagian tersebut.

Friday, August 27, 2010

BA S4 - SPM 2009

Jadual 2

Merujuk Jadual 2, pilih mana-mana dua perintang di bawah, dan nyatakan nilai perintang dalam ruang jawapan yang disediakan.

BA S3 - SPM 2009

Jadual 1

Jadual 1 menunjukkan beberapa simbol komponen separuh pengalir.

Pilih mana-mana empat nama komponen di bawah dan padankan dengan simbol di Jadual 1 pada petak kosong yang disediakan.

  1. Triak - [___]
  2. Diak - [___]
  3. Transistor Eka Simpang (UJT) - [___]
  4. Transistor Kesan Medan (FET) - [___]
  5. Penerus Terkawal Silikon - [___]

BA S2 - SPM 2009

Berdasarkan Rajah 2, pilih mana-mana empat dan tandakan (√) pada bentuk gelombang AU atau (x) pada tidak yang berkaitan dalam ruang jawapan.

Rajah 2

BA S1 - SPM 2009

Rajah 1

Pilih mana-mana empat pernyataan di bawah dan padankan dengan tombol kawalan dengan mengisi petak kosong dengan jawapan yang betul.

  1. Tombol pemboleh ubah voltan/bahagian - [___]
  2. Tombol pemboleh ubah masa/bahagian - [___]
  3. Tombol posisi tegak - [___]
  4. Tombol posisi ufuk - [___]
  5. Tombol keamatan - [___]
  6. Tombol fokus - [___]